Tuesday, August 24, 2004

Rupa & Harta

..::Erkkk::..
Ermm...aku rasa semenjak dua menjak nih aku semakin keliru.Adakah aku perasan atau bodoh.Bukan nak citer sedih...tapi korang tak pernah ke hampa kalau cinta suci korang (suci macam mana tuh) di tolak mentah2.Dan terjadinyer penolakan ini adalah kerana RUPA & HARTA yang tak kekal tuh.Ekekekk...(ketawa sadis nih) kalau kita mengaku maknanyer kita berada di dalam golongan yang kurang berharta dan kurang rupa (tapi cukup sifat laa).Bagi mereka yang berjaya kerana mendapat couple yg tidak mementingkan kedua-dua benda nih tahniah aku ucapkan...,bagi yg tidak pula kita kena berusaha lagi.Jangan laa nak tipu kalau ada yang cakap ini semua tak penting.Ehh...!Jangan jadi hipokrit laa.Aku tak marah cuma bengang jer.Kenapa lak aku harus bengang???Biar muka ganas (atau buruk ke) tapi kena baik...tapi kalau betul laa aweks2 dan balaks2 dari dulu sampai sekarang mementingkan hati dan budi pekerti aku ingat ramai yg encem2 dan yg lawa2 tu tak ada pasangan.
Dalam suka dan duka,suka dan tidak,jujur atau bohong kita harus mengaku bahawa kehidupan kita ini dilingkungi oleh mereka yg HIPOKRIT....walaupun diorang tak menipu,makan harta anak2 yatim,baik hati,sikap HIPOKRIT ini masih menghantui kita.Adakah aku juga HIPOKRIT..????Aku hanya mampu berdoa agar aku,kengkawan aku,jiran2 aku dan seluruh ummat manusia ini tidak menjadi HIPOKRIT.Jadi konkrit takpe pasal dia `solid`.Ekekekekk...
Berbalik kepada asas iaitu rupa dan harta.Syukur pada Allah w.b.t kerana hidayahNya...aku rasa mendapat seperti penjelasan yang tersirat dan yg tersurat.Di atas apa yang terjadi,persekitaran kita,sikap manusia yg sukar diramal,kemajuan sains dan teknologi,kesedaran sivik dan kesedaran syariah...ini semua di wujud dan `nampak` kerana inilah buktinyer DIA wujud.Betapa DIA melingkari setiap zahrah yg `nampak atau `tidak.Dengan apa yang terjadi barulah sifat manusia ini lengkap.1001 perangai manusia yg dapat kita lihat hari ini.Punyalah tinggiNya Ilmu DIA.
Kepada korang yg baca entry aku kali nih jgn rasa cemas pasal aku ok dan rasa cam biasa.Aku rasa seperti terpencil kerana aku rasa aku hampir menjadi HIPOKRIT dan aku akan cuba untuk menjauhi sikap cenggini.Pada yg terasa hati hanya sepuluh jari(jari tangan je tau)yg mampu aku susun.Aku hanya menaip apa yang aku rasa semenjak dua menjak nih aje.Pada yg tak terasa aku ucapkan alhamdulillah kerana tidak merasai pahitnyer hidup nih.Semoga Allah menunjukkan kita jalan yg lurus sehinggalah menjelang `Ihdinassiratal Mustaqim`.......Aminnnnnn.........

No comments: